| ]
Buzz It



Slm....
Ni ader skit info tentang Khasiat Air Alkali dan ianya FAKTA:-
 
Tubuh badan manusia mempunyai PH 7.4 pada darahnya. Apabila, PH 7.4 ini tidak dapat dikekalkan, bermulalah proses asidifikasi, keracunan pada system tubuh manusia.

Apa yang boleh menyebabkan ASIDIK atau KERACUNAN pada tubuh/darah?
 
Makanan seharian kita umpama Daging Ayam, Daging Kambing,Lembu,Roti, Nasi, Mee, Prata, Air Berkabonet, Merokok, MSG (MonoSodium Glutamate),Tea, Kopi, Nescafe dan lain-lain lagi berunsur atau bersifat asidik
 
Ini bermakna kita tidak dapat mengelakkan mengundang sifat Asidik pada system darah kita setiap saat dan masa selagi hidup!Apakah cara yang boleh untuk kita menstabikan atau meneutralkan semula kesan ASIDIFIKASI ini?
 
Hanya sesuatu yang bersifat ALKALI sahaja yang boleh meneutralkan sifat KEASIDAN / ASIDIFIKASI ini..!!Air bersifat ALKALI yang dapat menjalankan fungsi-fungsi tersebut iaitu MENEUTRALKAN ASIDIFIKASI adalah AIR dari alat AIR ALKALI.
Saya mungkin tidak berkelayakan untuk bercerita tentang khasiat air alkali ini pada anda semua.Untuk itu saya telah membuat sedikit research tentang khasiat air alkali ini khas untuk anda....dan mereka-mereka ini adalah pakar-pakar yang diiktiraf dunia.

Lihat apa kata pakar tentang khasiat air alkali....

"Di sini satu proses penuaan yang ringkas. Setiap sel hidup di dalam tubuh kita menghasilkan bahan kumbahan. Khasiat daripada makanan yang kita  makan dihantar ke setiap sel dan mereka dibakar dengan oksigen untuk memberikan tenaga untuk kita hidup. Khasiat - khasiat yang terbakar ini bertukar menjadi bahan kumbahan. Makanan, sama ada baik atau tidak untuk anda, adalah ditentukan oleh kuantiti dan kualiti kumbahan yang terhasil - toksik, asid, alkali, dan sebagainya. Sebahagian besar sel-sel tubuh  melalui metabolisma dan sel-sel tua yang mati akan menjadi bahan kumbahan."

"Bahan kumbahan ini mesti dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebenarnya, tubuh kita berusaha keras untuk mengeluarkan bahan kumbahan ini melalui kencing dan peluh. Semua bahan kumbahan adalah berasid; itu sebabnya kencing adalah berasid dan kulit juga berasid. Masalahnya ialah tubuh kita tidak dapat mengeluarkan 100% bahan kumbahan yang terhasil."

"Bahan kumbahan ini mesti dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebenarnya, tubuh kita berusaha keras untuk mengeluarkan bahan kumbahan ini melalui kencing dan peluh. Semua bahan kumbahan adalah berasid; itu sebabnya air kencing adalah berasid dan kulit juga berasid.Masalahnya ialah tubuh kita tidak dapat mengeluarkan 100% bahan kumbahan yang terhasil."

"Sebab utamanya adalah gaya hidup kita. Kita tidur  lewat tetapi terpaksa bangun awal. Kita tidak prihatin untuk mendapatkan rehat yang cukup, kebanyakan di antara kita bekerja lebih masa. Dengan itu kita menghabiskan lebih banyak masa menghasilkan bahan kumbahan daripada mengeluarkan bahan kumbahan."

"Oleh kerana bahan buangan yang kita cuba keluarkan itu adalah berasid, air yang paling sesuai adalah air alkali.

Nikmatilah apa juga jenis makanan yang kita suka, tetapi jangan makan secara berlebihan atau cuba mengasingkan sebarang jenis makanan. Makan dengan kadar sederhana dengan mengikuti konsep makanan seimbang, dan biarlah air alkali menjalankan tugasnya membersihkan bahan kumbahan. Jangan gunakan makanan untuk membersihkan bahan buangan, sehingga kita mengujudkan satu risiko kekurangan zat makanan atau ketidakseimbangan."



Dari Sang Whang
Penulis buku Reverse Aging 





"Saya telah menggunakan lebih daripada 5000 gelen  air alkali ini untuk hampir semua jenis masalah kesihatan. Saya rasa bahawa air alkali boleh memberi manafaat kepada semua orang."



Dari Dr. Theodore Baroody, 
Penulis Buku Alkalize or Die




"Selepas bertahun - tahun dengan kajian klinikal berterusan yang sangat positif keatas beratus-ratus pesakit, saya berpendapat bahawa (air alkali) ini akan mengubah cara para pengamal kesihatan dan orang awam terhadap pendekatan keatas isu kesihatan mereka pada tahun-tahun yang mendatang. Cadangan saya ialah minumlah air alkali di mana-mana sahaja yang mungkin."


Dari Felicia Drury Climent,
Adjunct Professor, City College, New York, 

Penulis Buku Acid Alkaline Balance Diet




"Air alkali membantu mengeluarkan sisa buangan asid di dalam tubuh. Selepas menilai kembali nasihat - nasihat saya kepada beratus - ratus individu, saya yakin bahawa keracunan di dalam bentuk sisa keasidan adalah sebab utama penyakit-penyakit peringkat usia tua."



Dari Dr. Sherry Rogers
Penulis Buku Detox or Die





"Proses metabolik menghasilkan sisa berasid, oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan bekalan alkali... Mengambil air yang betul adalah penting untuk membersihkan bahan buangan badan yang berasid dan merupakan satu daripada rawatan kesihatan yang paling efektif... Satu cara berkesan ialah dengan meminum air alkali... Kami mencadangkan anda minum air alkali sebanyak 8 hingga 9 gelas setiap hari. Ianya adalah antara cara yang paling mudah dan efektif yang anda boleh lakukan untuk melawan banyak jenis penyakit. Yang menariknya, ahli sukan professional Jepun meminum air alkali untuk meningkatkan prestasi"



Dr. Ray Kurzweil & Dr. Terry Grossman
Penulis Buku Fantastic Voyage: Live Long Enough to Live Forever





TAHUKAH ANDA
Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan  gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali. Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.

Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.Jangan meminum semata-mata air kosong contohnya air suling iaitu air yang hanya mempunyai molekul-molekul Hidrogen dan Oksigen dan  tidak mempunyai elektrolit mineral. Tambahan pula air kosong jenis ini mudah menyerap bahan berasid, radikal bebas yang diambil dari makanan dan akan digunakan  di sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh sistem badan.
Jika kepekatan ion hydrogen melebihi paras normal atau tinggi, tubuh seseorang individu itu akan mengalami asidosis atau berasid.  Perubahan kadar tindakbalas bahan kimia yang jelas boleh berlaku dengan perubahan kepekatan ion hydrogen walaupun sedikit.

Okay lah...itu sahaja untuk hari ini.Insyaallah saya akan cuba kongsikan lagi info tentang khasiat air alkali pada post yang akan datang.Walau bagaimana pun jika anda berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut.... produk yang kami cuba tawarkan kepada anda...anda boleh layari www.myzyrcon.com.my.

Terdapat 3 Set utama yang ingin kami kongsikan dengan anda.Anda juga boleh berhubung terus dengan saya ditalian 017-7536507.

Sempena dibulan Shawal yang mulia ini...ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan pada pembaca sekalian...SELAMAT HARIRAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN..!!

| ]
Buzz It



Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan untuk semua warga Zyrcon....

Dah lama tak update blog nie...hari ini saya akan kongsikan sedikit info dan pengalaman saya berbuka puasa bersama rakan-rakan (network) di Zyrcon International Sdn Bhd.

31 August 2010....sempena hari kemerdekaan tanahair kita yang dicintai...kami di Zyrcon International Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa khas untuk semua ahli.......seperti yang dirancang...tepat jam 6.30 jemputan mula tiba..antaranya Zairol,Erry Hairani,Amir Jaafar,Zyrcon Sms dan ramai lagi yg tak dapat saya nyatakan semuanya disini.Sebenarnya...saya,Rospi dan Endra Faizal datang lebih awal bagi memastikan segala persiapan untuk berbuka ini siap.

Syed Zain.....our Financial Director tiba dari Kuala Lumpur tepat jam 6.20 ptg,bersama isteri dan anak-anak.Hidangan nasi beryani kami pada hari ini juga dari Kuala Lumpur...!!

Jam 6.45...Ustaz Usamah (Pendakwah Bebas) bersama beberapa rakan pendakwah dari Pakistan pula tiba.Sambil menunggu waktu berbuka mereka berbual antara satu sama lain.Tiba waktu berbuka...doa dibaca oleh Ustaz Usamah.Kami hanya berbuka dengan beberapa biji kurma dan segelas air.10 minit kemudian kami semua ketingkat atas untuk menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Usamah.

Alhamdullilah selesai solat Maghrib....kami semua turun makan sambil berkongsi idea dan perancangan dalam menjalankan perniagaan ini.Setiap orang mungkin ada cara masing-masing untuk suksess dalam bidang atau perniagaan yang diceburi.So...waktu sebeginilah yang paling sesuai untuk kita berkongsi ilmu dan pendapat.

Disini...saya sertakan beberapa gambar yang sempat dirakam...khas untuk tatapan anda semua.











Majlis kami tamat jam 11.00 malam.
Akhir kata...saya Bannie Mohd...mewakili pihak syarikat ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada semua rakan-rakan yang hadir atas kerjasama dan sokongan yang diberi bagi melancarkan perniagaan ini.Kami amat mengharapkan sokongan dan kerjasama ini akan berterusan dari masa kesemasa.Insyaallah..!!

Andai ada sebarang kesilapan dari pihak kami di Zyrcon International Sdn Bhd....jutaan maaf kami pohon.Segala yang silap itu adalah kelemahan diri kami dan yang baik itu datangnya dari Allah jua.Sebelum undur diri..serangkap pantun dari saya....

Terima kasih ucapan diberi,
    Jasa dikenang takkan ku lali,
Hanya itu yang dapat kami kongsi,
    Majlis berjalan sukses sekali

Ps: Anda juga boleh menyertai kami di Facebook,Twitter atau YouTube.


Jumpa lagi...he...he
Ikhlas Dari www.myzyrcon.com.my
Aslkm...!!

| ]
Buzz It

Antara Kelebihan Air Zam Zam


AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk saintis Barat.Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”



Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.

“Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya.”

Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.

“Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. ” (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).

Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: “Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.”

Al-’Allamah seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. “Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.

“Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat.” (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)

Berkata pula Al-Hakim: “Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?” (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala 14/370).

AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

“Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.

“Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.

FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam

  1. Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  2. Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  3. Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  4. Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  5. Antara mata air syurga.
  6. Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  7. Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  8. Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  9. Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  10. Minuman orang mulia (al-abrar).
  11. Menambah kekuatan badan. 
Dr Masaru Emoto, seorang peneliti dari Jepun yang melakukan kajian ilmiah tentang Struktur molikul yang terkandung di dalam air, menemukan keajaiban stuktur molikul Air Zam-Zam yang sangat istimewa mempunyai kemampuan penyembuhan yang tidak dimiliki berbagai-bagai jenis air lainnya di dunia.

Air memiliki sifat sensitif namun juga reaktif. Hal ini menyebabkan molikul yang terdapat di dalam air sangat responsif dan bereaksi sesuai dengan masukan-masukan dari luar.

Keunikan ini digambarkan oleh Masaru Emoto sebagai sebuah kristal yang berstruktur segi enam (heksagonal) atau bahkan kristal pecah yang tidak beraturan. Label baik atau buruk inilah yang menentukan jenis kristal yang akan terbentuk nantinya.

Tidak menghairankan apabila stuktur yang terkandung di dalam air akan berubah-ubah sesuai dengan makna kata-kata yang terkandung saat dibacakan kepada air tersebut.

Ketika menjadi penceramah di Malaysia, Masaru Emoto menampilkan beberapa slide sampel air daripada berbagai-bagai sumber, seperti sumur, mata air, sungai, telaga, danau, laut dan sebagainya, yang terkumpul sebanyak seribu bentuk kristal.

Peserta diminta untuk menguji sendiri molikul yang dinginkan, dengan cara membacakan kata-kata ke dalam air mineralnya. Terlihat molikul-molikul air mineral tersebut membentuk struktur aneh saat peserta penguji membacakan kata-kata yang mengandung arti buruk (negatif). Namun sebaliknya ketika dibacakan doa (kata-kata yang mengandung arti baik /positif) molikul-molikul air mineral itu membentuk struktur yang teratur dan indah yang berkilau seperti berlian.

Apabila dibacakan kata-kata yang mengandung kebaikan, maka struktur yang terbentuk molikul kristal teratur dan indah yang melahirkan sifat positif, namun sebaliknya apabila dibacakan kata-kata yang bermakna buruk, maka akan terbentuk molikul kristal pecah yang tidak beraturan yang tentunya akan melahirkan sifat negatif.

Hanya sekadar satu perkongsian.
Sumber : www.suhaimy.org

Masalahnya dimana kita nak dapatkan air yang beralkali tinggi ini.Kami di Zyrcon International Sdn Bhd ingin memperkenalkan produk yang dapat menjadikan AIR BIASA  berubah menjadi AIR BERALKALI yang berfungsi untuk mengurangkan kadar kandungan asid yang tinggi dalam badan seseorang ke tahap yang seharusnya.Hasilnya, antibodi badan akan menjadi LEBIH KUAT untuk menghindari penyakit dan virus.Info lanjut layari www.myzyrcon.my

    | ]
    Buzz It

    5 Khasiat Air Alkali


    Air alkali dalam tubuh diantaranya berfungsi menjaga kesegaran,membantu pencernaan dan mengeluarkan racun. Namun, tahukah Anda, ternyata banyak manfaat yang terdapat dari air alkali,selain dari kesegaran.

    Ramai antara kita yang tidak mengetahui khasiat air alkali...selain untuk menghilangkan dahaga saja.Air alkali dapat membantu menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan cara yang mudah dan murah.Disini saya senaraikan 5 Khasiat air alkali yang mungkin dapat kita jadikan panduan atau info dalam meningkatkan tahap kesihatan kita.

    1.Melancarkan Sistem Pencernaan
    Dengan meminum air alkali dalam jumlah yang cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindar dari masalah-masalah pencernaan seperti buasir ataupun sembelit.Pembakaran kalori juga akan berjalan baik.

    2.Penyakit Kanser
    Air Alkali membantu memperlambat penyakit kanser dari terus merebak juga mencegah penyakit batu ginjal dan hati.Dengan meminum air alkali juga akan membuat tubuh kita lebih bertenaga.

    3.Rawatan Kecantikan
    Apabila kita kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut.Selain itu,air alkali dapat melindungi kulit dari luar,sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit.Untuk menjaga kecantikan pun,kebersihan tubuh pun harus juga diambil kira,ditambah lagi minum air putih atau air alkali 8 - 10 gelas sehari.

    4.Untuk Kesuburan
    Air Alkali juga membantu meningkatkan pengeluaran hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum wanita.Menurut hasil kajian dari sebuah jabatan di London....jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bertenaga.Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan pengeluaran sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.

    Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan pengeluaran hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum wanita.Oleh itu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat.Selain itu..kulit kita juga akan kelihatan lebih cantik dan halus,kuku lebih sehat dan kuat,tak mudah retak.

    5. Menyihatkan Jantung
    Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung,kulit,penyakit saluran usus dan penyakit kewanitaan.

    Tapi bagaimana untuk mendapatkan air alkali di Malaysia?
    Kami di Zyrcon International telah memudahkan anda untuk mendapatkan air alkali.Dua produk kami kini telah berada dipasaran Malaysia iaitu Alkaline Water Stick dan juga Alkaline Water Filter System.Zyrcon International juga menawarkan peluang untuk anda menjana pendapatan disamping meningkatkan kualiti kesihatan.

    Dibawah ialah video testimoni yang sempat dirakamkan ketika sesi preview produk MyZyrcon baru-baru ini.




    Untuk info lanjut anda boleh melayari www.myzyrcon.com.my
    Anda juga boleh terus menghubungi saya ditalian 017-7536507

    | ]
    Buzz It

    MLM diMalaysia



    MLM diMalaysia kini...ramai yang menjadikan perniagaan MLM sebagai salah satu perniagaan alternative dalam mencari pendapatan tambahan.Bukan sahaja pendapatan tambahan bahkan perniagaan MLM juga boleh menjadi sumber pendapatan utama untuk anda.Tapi bagaimana...!!?


    Yang pasti ianya bukan bergantung pada business MLM yang anda pilih...apa yang patut anda fikir disini ialah bagaimana anda menjalankan perniagaan MLM tersebut.

    Kerana walau apapun yang anda lakukan..jika ianya dilakukan secara tidak konsisten...anda pasti menemui kegagalan.

    Ya saya akui perniagaan MLM boleh dibuat secara sambilan...mengikut waktu anda..tetapi pastikan ianya dilakukan secara konsisiten dan bersungguh-sungguh.Andai ada perniagaan MLM yang menaburkan janji-janji manis...untung beribu-ribu dalam sekelip mata..saya rasa..anda boleh lupakan perniagaan itu.

    Kunci kejayaan dalam sesebuah perniagaan MLM hanya ada satu..iaitu "KONSISTEN" kerana perniagaan MLM terbina hasil dari membina jaringan.Tanpa jaringan anda tidak akan beroleh pendapatan.Anda setuju..?
    Perniagaan MLM diMalaysia kini menyediakan cara yang mudah untuk membeli dan nampaknya kaedah pembelian seperti ini semakin berleluasa.Buktinya ialah empat juta rakyat Malaysia yang terlibat dan menceburi bidang MLM.Di Malaysia....,industri jualan langsung atau MLM terbukti dapat bertahan samaada ekonomi sedang pesat berkembang mahupun dalam keadaan gawat.

    Justeru itu ramai yang was-was apabila berurusan dengan wakil syarikat MLM atau jualan langsung.Mangsa-mangsa skim piramid atau skim cepat kaya akan terasa was-was dan musykil apabila diajak untuk mengusahakan peluang perniagaan MLM yang baru.

    Faktanya...menerusi MLM, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan mereka sendiri.Perniagaan MLM menawarkan pelbagai manfaat - yuran penyertaan yang rendah, keselamatan dan kestabilan semasa ekonomi gawat, memberi kebebasan dan fleksibiliti untuk bekerja mengikut kemampuan sendiri dan menghasilkan pendapatan sampingan yang membantu meningkatkan taraf hidup seseorang.Tetapi anda harus bijak memilih jenis perniagaan MLM yang ditawarkan...jangan sampai tertipu lagi..!!

    Persekutuan Dunia bagi Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran jualan langsung ke-24 terbesar di dunia. Negara kita merupakan salah satu daripada pasaran paling pantas berkembang di Asia dan juga di dunia,Lihat Disini

    Berasaskan perkembangan semasa, masa depan yang cerah bakal menanti leader-leader yang terlibat secara serius dalam  industri jualan langsung diMalaysia.


    Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menawarkan sebuah perniagaan yang berkonsepkan MLM.Zyrcon International Sdn Bhd yang beribu pejabat di Johor Bharu...baru sahaja mengorak langkah untuk menembusi pasaran Malaysia dan juga Indonesia.

    Dengan produk dan marketing plan yang unik..pihak syarikat amat yakin...yang Produk MyZyrcon ini akan menepati kriteria sebuah perniagaan yang berteraskan MLM.


    Sebelum bermula ....adalah lebih baik anda melayari laman web MyZyrcon.Com.My untuk sebarang info lanjut.Anda juga boleh terus menghubungi saya ditalian 017-7536507 untuk fast info.





    | ]
    Buzz It

    Business Preview MyZyrcon Di Pantai Timur (Kelantan,Terengganu Dan Kuantan)

    Salam satu Malaysia untuk semua usahawan diseluruh tanahair...!!

    Entry hari ini saya akan cuba kongsikan dengan anda semua...serba sedikit catatan pengalaman Team MyZyrcon sepanjang perjalanan ketika mengadakan sesi preview Produk MyZyrcon di Pantai Timur (Kelantan,Trengganu dan Kuantan).

    Terlebih dahulu saya...Bannie Mohd @ Zyrcon My,Sdr Rospie Abd Karim (Our CEO),Sdr Amir Jaafar (Our IT Manager),Sdr Syed Zain (Our Financial Manager),Sdr Maswan Ramlan (Our General Manager) dan Sdr Endra Faizal antara yang terlibat dalam sesi preview Produk MyZyrcon ke Pantai Timur kali ini.

    Saya,Sdr Rospie dan Tuan Syed bertolak dari HQ-Zyrcon International Sdn Bhd di Taman Setia Tropika lebih kurang jam 12.20 malam.Kami bertiga memulakan perjalanan dengan menjemput Sdr Amir dan kemudian kerumah Sdr Maswan yang mana Sdr Faizal juga telah sedia menunggu.Perjalanan kami agak selesa kerana kenderaan yang digunakan sememangnya agak besar (Toyota Alphard 2.4) kepunyaan Tuan Syed Zain.

    Kenderaan dipandu selesa oleh Sdr Amir....rehat dan makan di Endau sambil tengok bola(Piala Dunia).Perjalanan kami diteruskan...Sdr Maswan mengantikan Sdr Amir sebagai pemandu.Kami tiba di jalan Jerangau-Jabor lebih kurang jam 5.30 pagi.Solat di hentian rehat Jerangau-Jabor.Sarapan di Hulu Terengganu....dan tiba di bandar Kota Bharu jam 12.30 tengahari.Semua kepenatan...penat duduk...he..hee..!!

    Berpusing-pusing juga sekejap...kerana gagal mencari lokasi yang telah ditempah lebih awal oleh orang kuat kami di Kelantan...Sdr Radzi.Akhirnya setelah hampir 1/2 jam ronda-ronda...Kelantan Trade Centre (lokasi yang dicari) berada didepan mata...Alhamdullilah.Kami menginap bersebelahan Kelantan Trade Centre... di Chantique Villa.
    Seperti yang dijanjikan...tepat jam 8.30 kami memulakan majlis.Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Majlis tamat jam 12.30 malam...terus pergi makan dengan Sdr Radzi and the Geng.Sambil makan...Sdr Radzi and the Geng sempat berbincang dengan our CEO strategi seterusnya untuk business preview yang akan datang.

    Setelah semuanya selesai..kami kembali ke hotel lebih kurang jam 4.00 pagi.Tidur..la apa lagi...!!Selepas makan tengahari..jam 2.00 petang kami mula bertolak ke destinasi seterusnya..Kuala Terengganu.Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu..kami singgah sekejap dirumah keluarga Sdr Amir...kalau tak silap saya...Kampung Batu Rakit.Jam 6.00 petang terus ke Ibai Inn,berhampiran Masjid Terapung Kuala Ibai,Masjid ni memangg menjadi kebanggaan dan kemegahan rakyat Terengganu.

    Jam 7.00 semua dah ada dalam bilik...rehat sekejap..mandi dan terus ke dewan yang telah ditempah lebih awal oleh Sdr Baharum...wakil Zyrcon di Kuala Trengganu.

    Majlis bermula agak lewat kerana menunggu jemputan yang lewat tiba.Alhamdullilah segalanya berjalan lancar.Majlis tamat jam 12.30 malam.Terus pergi makan diwarung Abang Joe dan kembali ke hotel jam 4.30 pagi.Lepak...!!

    Keesokan hari..destinasi seterusnya Annexe Resort,Kuantan.Selepas makan tengahari ditemani Abang Joe,Ayah Wan dan rakan-rakan di Kampung Marang...kami terus menuju ke Kuantan.Dalam perjalanan...singgah di Kampung Kelulut...makan keropok lekor.Jam 6.30 tiba diKemaman.our Financial Manager...teringin nak makan "satar" so....agak lewat kami tiba di Annexe Resort.
    Jam 9.00...Abang Man dan jemputan di Kuantan tiba.Kami teruskan majlis macam biasa.Tepat jam 12...majlis tamat dan kami menjamah hidangan yang disediakan pihak resort.Jam 3.00 pagi terus ke Kuala Lumpur.Kami selamat sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 6.30 pagi.Check in kat sebuah hotel di Kuala Lumpur di belakang bangunan PWTC....mandi...dan tidur..zzZZZZZZrrrrr..!!

    Jam 4.00 petang sarapan merangkap makan tengahari dan minum petang.Jam 8.30 malam kami ke  Damansara untuk berjumpa Sdr Musha (penasihat syarikat).Makan dan minum sambil tengok bola (Piala Dunia).Tepat jam 12.30 malam kami bertolak balik ke Johor Bharu.Jam 6.30 pagi kami selamat tiba kerumah masing-masing.

    Alhamdullilah...keseluruhan perjalanan pergi dan balik kami...tiada sebarang masalah.Tujuan sebenar sesi preview ini...selain memperkenalkan produk Zyrcon..pihak syarikat juga ingin mendapatkan agen atau wakil-wakil jualan bagi setiap negeri untuk memasarkan produk Zyrcon ini.Untuk itu....disini saya dengan segala hormatnya menjemput pembaca  semua untuk menyertai kami di Zyrcon International Sdn Bhd.

    Beberapa demonstrasi produk Zyrcon yang sempat dirakamkan...lihat video dibawah.

    Testimoni MyZyrcon - Kelantan Trade Centre,Kota Bharu,Kelantan (Part - 1)


    Testimoni MyZyrcon - Kelantan Trade Centre,Kota Bharu,Kelantan (Part - 2)

    Testimoni MyZyrcon -Ibai Inn,Kuala Terengganu

    Untuk testimoni bergambar pula anda boleh lihat di Facebook-MyZyrcon.Tinggalkan komen anda disana.Hanya dengan komen dan kritikan anda lah yang akan membantu kami dalam meningkatkan mutu,prestasi dan perkhidmatan kami.Pastinya kami akan mengambil kira semua pandangan anda...TQ

    Cukup untuk hari ini..Insyallah....saya akan kongsikan lagi catatan perjalanan kami pada masa akan datang.!!Pada yang berminat dengan apa yang ditawarkan diblog MyZyrcon ini...boleh terus hubungi saya melalui email atau no - 017-7536507-Bannie.

    ps: Petikan kata kata hikmat Prof. Dr. Hamka:
      "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.....datang tidak menentu masa.....datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

    pss : Kalau rasa berminat untuk menjalankan perniagaan ini..anda boleh terus mendaftar secara percuma di laman web MyZyrcon.Com.My....dan boleh mula mempromosikan perniagaan Zyrcon anda samada secara online atau pun offline.Untuk promosi produk Zyrcon secara online anda akan diberi sebuah laman web replika...manakala secara offline pula...beberapa tools seperti flyers dan lain-lain akan dibekalkan.So....jangan buang masa...DAFTAR SEKARANG..!!

    | ]
    Buzz It

    Kebaikan Air Alkali



    Ketahuilah cara terbaik untuk membuang sisa organic dari badan dengan hanya menggunakan Air Alkali...

    Secara purata setiap insan mempunyai 5 hingga 10 pound bahan buangan dalam badan yg perlu dikeluarkan.Anda tentu tahu kepentingan air kepada kehidupan. Badan manusia terdiri dari 70% Air, Darah lebih 80%, Otak lebih 75% dan Hati 95%. Kebanyakan dari proses penting dalam badan bergantung kepada air. Dan kita akan belajar lebih lagi tentang kepentingan air kepada badan, Tanpa air kita akan mati. Manusia hanya dapat bertahan kurang dari seminggu tanpa air.

    Anda mungkin tidak tahu setiap yang kita makan mempunyai kesan yang drastic kepada badan dan pH badan kita. Sesetengah makanan kita berasid, sesetengah lagi beralkali. Kesemuanya akan meninggalkan kumuhan berasid, melainkan kita flush kan ia keluar dengan Air Alkali, ia akan bertambah sebagai deposit.

    Apa Itu Air Alkali
    Ramai yg tidak hiraukan apa yang mereka makan. Walau ada yang endah pun mungkin anda hanya makan buah dan sayur seperti jenis vegetarian. Tetapi anda juga masih makan makanan segera atau pun masih minum air berkarbonat setiap hari. Pengamal diet pula terlalu berhati-hati dengan makanan berkarbohidrat……

    Meminum banyak air alkali bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga membantu menyingkirkan toksin yg terkumpul dalam usus yang juga penyebab penyakit. Anda akan mula merasa kelainan dari luar dan dalam.

    Kunci utama kepada proses ini adalah air. Seperti sungai yang memerlukan air mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih banyaklah radikal bebas yang dineutralkan, lebih banyak toksin yg dibuang dari system badan.

    Dengan Produk Zyrcon ini, saiz molekul air yg lebih halus dan beralkali bergabung untuk menjadikan Air Alkali sebagai air terbaik untuk menyahhidrat badan dan mengawal acidosis.

    Antara Kebaikan Air Alkali
    Air Alkali telah terbukti lebih efektif dari air biasa untuk menyahkan kumuhan asid dalam badan yang  boleh menyebabkan Toxemia - punca segala  penyakit degeneratif seperti kanser.

    Air Alkali  juga mempunyai lebih enam kali kuasa menghidrat dari air biasa disebabkan oleh kelompok air yang kecil. Keadaan ini memboleh air diserap lebih mudah dan dalam dan mampu menghidratkan semua sel badan. Selain dari rasanya yang lebih sedap dari air paip.

    Air Alkali  mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan  seperti memperlahankan proses penuaan,memberikan lebih tenaga, dan membantu anda menyahkan toksik dalam badan.


    Bagaimana untuk mendapatkan air alkali.
    Okay pada kali ini saya akan cuba kongsikan dengan anda,bagaimana untuk mendapatkan sumber air alkali.Terdapat banyak produk dipasaran yang boleh menghasilkan air alkali ni.Antara yang terkini ialah Produk Zyrcon Water Stick dan Zyrcon Water Filter System.Dengan hanya memasukkan Zyrcon Water Stick ini kedalam mana-mana air mineral biasa selama 45 minit....air tersebut akan menjadi air alkali.Kesihatan yang sempurna bermula dari usus yang bersih dan pembersihan bermula dengan Air Alkali.
    Produk Zyrcon ini juga telah diuji telah mendapat beberapa anugerah serta sijil pengiktirafan dan antara yang paling penting ianya telah mendapat sijil Halal dari jabatan yang berkaitan.

    Bagi yang mementingkan kesihatan seisi keluarga...secara peribadi saya amat mencadangkan produk MyZyrcon ini.Belum cuba belum tahu...dengan harga yang amat berpatutan...anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan.So...think about it...!!


    | ]
    Buzz It

    Apa Itu Air Alkali


    Apa Itu Air Alkali
    Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan..Air Zam Zam  adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.
    Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?
    Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

    Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

    Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

    Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

    Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

    Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

    Kepentingan keseimbang pH
    Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.

    Satu Penemuan Yang Hebat
    Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.Apa kata pakar....:
    Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliau punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

    Sedikit Mengenai Teori Air Ion Alkali   
    Kenapa kita sakit?Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat

    Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.

    Antioksidan menghalang oksidasi bahaya
    Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.

    Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

    Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari dihinggapi penyakit ?
    Sewaktu proses penghazaman, bakteria-bakteria bertindak balas dengan protin, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut ;-

    • Hidrogen sulfida
    • Ammonia
    • Histamin
    • Indoles
    • Phenoles
    • Scatoles


    Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfida dan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

    Justeru itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan.

    Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan, disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan berlebihan. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tadi.
    Cukup untuk hari ini....kalau nak bercerita terlalu banyak pun..saya bukanlah seorang yang layak ataupun seorang pakar sains mahupun yang seangkatan nya...tapi ini dalah hasil dari pembacaan dan sumber-sumber dari internet.

    Inilah antara sebab utama kami di MyZyrcon.My...ingin berkongsi dengan anda bagaimana produk yang kami ingin perkenalkan ini.Saya ringkaskan disini,,,,air alkali yang berantioksidan dihasilkan oleh Produk Zyrcon ini mampu merawat beberapa penyakit merbahaya.

    Untuk keterangan mengenai produk Zyrcon ini,anda boleh baca disini (Produk Zyrcon)
    Anda juga boleh melayari laman web utama MyZyrcon.My.

    Ps; Harap artikel Apa Itu Air Alkali ini...dapat membantu pemahaman anda tentang Apa Itu Air Alkali.

    | ]
    Buzz It

    Kenapa Pilih MLM





    Kenapa Pilih MLM? - Secara dasarnya tujuan meneroka perniagaan jualan langsung atau pun MLM (Multi Level Marketing) adalah untuk menjana pendapatan sama ada pendapatan sampingan ataupun menambah kekayaan yang sedia ada.Walau bagaimana pun bagi usahawan MLM yang sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan ini dan telah pun berjaya mengecapi kejayaan dan hasil pendapatan yang lumayan daripadanya, mereka melihat perniagaan MLM dari perspektif yang amat berbeza.Pembabitan mereka dirasakan lebih kepada membantu mengeratkan perhubungan sesama insan,mempertingkatkan pembangunan diri,selain dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
    Lebih kurang 4 juta orang atau satu daripada enam orang penduduk negara ini (Malaysia) terlibat dalam perniagaan jualan langsung atau MLM.Malah,kedudukan perniagaan ini di Asia ialah di tempat keempat selepas Jepun, Korea dan Taiwan dan di tempat ke 11 di dunia dengan pendapatan RM1.3 bilion.Terlalu banyak ruang dan peluang untuk industri jualan langsung ini terus berkembang maju samada diMalaysia mahu pun di luar negara.

    Ini kerana 47 syarikat jualan langsung atau MLM tempatan telah berjaya menembusi pasaran luar negara,dengan pendapatan berjumlah RM352 juta. Angka ini dijangka terus meningkat di antara 20 dan 30 peratus setiap tahun.Ini menunjukkan industri MLM di negara ini kian berkembang maju.Perkembangan syarikat jualan langsung atau MLM dalam negara juga agak memberangsangkan.Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat berkenaan adalah yang berasaskan MLM.Ada di antaranya berasaskan (SLM) Single Level Marketing.
    Kini syarikat MLM lebih mendapat tempat di hati mereka yang ingin menceburi diri dalam perniagaan jualan langsung kerana pelan pemasarannya akan memberi lebih faedah kepada usahawannya.Pelan pemasaran itu sendiri berbeza di antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.Terpulang kepada usahawan itu sendiri menentukan pelan pemasaran pilihan mereka.

    Sebut saja MLM ramai yang tahu. Ia sejenis perniagaan jualan langsung yang begitu popular dalam masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu.

    Populariti MLM mungkin kerana genre perniagaan ini secara umumnya memang tidak memerlukan modal yang besar dan ianya juga boleh dicuba oleh sesiapa saja tanpa perlu mendaftar perniagaan.

    Ia ditambah dengan keghairahan yang dihangatkan melalui promosi melahirkan jutawan segera tanpa susah payah.Tapi semestinya anda perlu tahu adakah boleh dan cukup ilmu dalam menjalankan perniagaan sebegini?

    Perniagaan MLM bukan untuk semua.....hanya mereka-mereka yang rajin berusaha,tabah dan cekal sahaja yang akan berada dipuncak kejayaan.TAPI tak salah kalau kita mencuba...


    ......siapa tahu cubaan yang pertama anda beroleh KEJAYAAN!!

    So...jangan buang masa.....bertindak dari sekarang...buat sikit Solat Hajat atau Solat Istikharah mohon petunjuk dari yang esa...agar dilapangkan pintu rezeki...Insyaallah....!!


    Layari MyZyrcon.Com.My untuk anda meneroka satu lagi peluang perniagaan berteraskan perniagaan MLM.

    Related Posts with Thumbnails