| ]
Buzz It

Kenapa Pilih MLM





Kenapa Pilih MLM? - Secara dasarnya tujuan meneroka perniagaan jualan langsung atau pun MLM (Multi Level Marketing) adalah untuk menjana pendapatan sama ada pendapatan sampingan ataupun menambah kekayaan yang sedia ada.Walau bagaimana pun bagi usahawan MLM yang sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan ini dan telah pun berjaya mengecapi kejayaan dan hasil pendapatan yang lumayan daripadanya, mereka melihat perniagaan MLM dari perspektif yang amat berbeza.Pembabitan mereka dirasakan lebih kepada membantu mengeratkan perhubungan sesama insan,mempertingkatkan pembangunan diri,selain dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Lebih kurang 4 juta orang atau satu daripada enam orang penduduk negara ini (Malaysia) terlibat dalam perniagaan jualan langsung atau MLM.Malah,kedudukan perniagaan ini di Asia ialah di tempat keempat selepas Jepun, Korea dan Taiwan dan di tempat ke 11 di dunia dengan pendapatan RM1.3 bilion.Terlalu banyak ruang dan peluang untuk industri jualan langsung ini terus berkembang maju samada diMalaysia mahu pun di luar negara.

Ini kerana 47 syarikat jualan langsung atau MLM tempatan telah berjaya menembusi pasaran luar negara,dengan pendapatan berjumlah RM352 juta. Angka ini dijangka terus meningkat di antara 20 dan 30 peratus setiap tahun.Ini menunjukkan industri MLM di negara ini kian berkembang maju.Perkembangan syarikat jualan langsung atau MLM dalam negara juga agak memberangsangkan.Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat berkenaan adalah yang berasaskan MLM.Ada di antaranya berasaskan (SLM) Single Level Marketing.
Kini syarikat MLM lebih mendapat tempat di hati mereka yang ingin menceburi diri dalam perniagaan jualan langsung kerana pelan pemasarannya akan memberi lebih faedah kepada usahawannya.Pelan pemasaran itu sendiri berbeza di antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.Terpulang kepada usahawan itu sendiri menentukan pelan pemasaran pilihan mereka.

Sebut saja MLM ramai yang tahu. Ia sejenis perniagaan jualan langsung yang begitu popular dalam masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu.

Populariti MLM mungkin kerana genre perniagaan ini secara umumnya memang tidak memerlukan modal yang besar dan ianya juga boleh dicuba oleh sesiapa saja tanpa perlu mendaftar perniagaan.

Ia ditambah dengan keghairahan yang dihangatkan melalui promosi melahirkan jutawan segera tanpa susah payah.Tapi semestinya anda perlu tahu adakah boleh dan cukup ilmu dalam menjalankan perniagaan sebegini?

Perniagaan MLM bukan untuk semua.....hanya mereka-mereka yang rajin berusaha,tabah dan cekal sahaja yang akan berada dipuncak kejayaan.TAPI tak salah kalau kita mencuba...


......siapa tahu cubaan yang pertama anda beroleh KEJAYAAN!!

So...jangan buang masa.....bertindak dari sekarang...buat sikit Solat Hajat atau Solat Istikharah mohon petunjuk dari yang esa...agar dilapangkan pintu rezeki...Insyaallah....!!


Layari MyZyrcon.Com.My untuk anda meneroka satu lagi peluang perniagaan berteraskan perniagaan MLM.

Related Posts with Thumbnails