| ]
Buzz It

Apa Itu Air Alkali


Apa Itu Air Alkali
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan..Air Zam Zam  adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.
Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

Kepentingan keseimbang pH
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.

Satu Penemuan Yang Hebat
Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.Apa kata pakar....:
Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliau punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

Sedikit Mengenai Teori Air Ion Alkali   
Kenapa kita sakit?Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat

Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.

Antioksidan menghalang oksidasi bahaya
Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.

Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari dihinggapi penyakit ?
Sewaktu proses penghazaman, bakteria-bakteria bertindak balas dengan protin, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut ;-

• Hidrogen sulfida
• Ammonia
• Histamin
• Indoles
• Phenoles
• Scatoles


Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfida dan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

Justeru itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan.

Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan, disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan berlebihan. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tadi.
Cukup untuk hari ini....kalau nak bercerita terlalu banyak pun..saya bukanlah seorang yang layak ataupun seorang pakar sains mahupun yang seangkatan nya...tapi ini dalah hasil dari pembacaan dan sumber-sumber dari internet.

Inilah antara sebab utama kami di MyZyrcon.My...ingin berkongsi dengan anda bagaimana produk yang kami ingin perkenalkan ini.Saya ringkaskan disini,,,,air alkali yang berantioksidan dihasilkan oleh Produk Zyrcon ini mampu merawat beberapa penyakit merbahaya.

Untuk keterangan mengenai produk Zyrcon ini,anda boleh baca disini (Produk Zyrcon)
Anda juga boleh melayari laman web utama MyZyrcon.My.

Ps; Harap artikel Apa Itu Air Alkali ini...dapat membantu pemahaman anda tentang Apa Itu Air Alkali.

| ]
Buzz It

Kenapa Pilih MLM





Kenapa Pilih MLM? - Secara dasarnya tujuan meneroka perniagaan jualan langsung atau pun MLM (Multi Level Marketing) adalah untuk menjana pendapatan sama ada pendapatan sampingan ataupun menambah kekayaan yang sedia ada.Walau bagaimana pun bagi usahawan MLM yang sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan ini dan telah pun berjaya mengecapi kejayaan dan hasil pendapatan yang lumayan daripadanya, mereka melihat perniagaan MLM dari perspektif yang amat berbeza.Pembabitan mereka dirasakan lebih kepada membantu mengeratkan perhubungan sesama insan,mempertingkatkan pembangunan diri,selain dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Lebih kurang 4 juta orang atau satu daripada enam orang penduduk negara ini (Malaysia) terlibat dalam perniagaan jualan langsung atau MLM.Malah,kedudukan perniagaan ini di Asia ialah di tempat keempat selepas Jepun, Korea dan Taiwan dan di tempat ke 11 di dunia dengan pendapatan RM1.3 bilion.Terlalu banyak ruang dan peluang untuk industri jualan langsung ini terus berkembang maju samada diMalaysia mahu pun di luar negara.

Ini kerana 47 syarikat jualan langsung atau MLM tempatan telah berjaya menembusi pasaran luar negara,dengan pendapatan berjumlah RM352 juta. Angka ini dijangka terus meningkat di antara 20 dan 30 peratus setiap tahun.Ini menunjukkan industri MLM di negara ini kian berkembang maju.Perkembangan syarikat jualan langsung atau MLM dalam negara juga agak memberangsangkan.Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat berkenaan adalah yang berasaskan MLM.Ada di antaranya berasaskan (SLM) Single Level Marketing.
Kini syarikat MLM lebih mendapat tempat di hati mereka yang ingin menceburi diri dalam perniagaan jualan langsung kerana pelan pemasarannya akan memberi lebih faedah kepada usahawannya.Pelan pemasaran itu sendiri berbeza di antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.Terpulang kepada usahawan itu sendiri menentukan pelan pemasaran pilihan mereka.

Sebut saja MLM ramai yang tahu. Ia sejenis perniagaan jualan langsung yang begitu popular dalam masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu.

Populariti MLM mungkin kerana genre perniagaan ini secara umumnya memang tidak memerlukan modal yang besar dan ianya juga boleh dicuba oleh sesiapa saja tanpa perlu mendaftar perniagaan.

Ia ditambah dengan keghairahan yang dihangatkan melalui promosi melahirkan jutawan segera tanpa susah payah.Tapi semestinya anda perlu tahu adakah boleh dan cukup ilmu dalam menjalankan perniagaan sebegini?

Perniagaan MLM bukan untuk semua.....hanya mereka-mereka yang rajin berusaha,tabah dan cekal sahaja yang akan berada dipuncak kejayaan.TAPI tak salah kalau kita mencuba...


......siapa tahu cubaan yang pertama anda beroleh KEJAYAAN!!

So...jangan buang masa.....bertindak dari sekarang...buat sikit Solat Hajat atau Solat Istikharah mohon petunjuk dari yang esa...agar dilapangkan pintu rezeki...Insyaallah....!!


Layari MyZyrcon.Com.My untuk anda meneroka satu lagi peluang perniagaan berteraskan perniagaan MLM.

| ]
Buzz It

MyZyrcon Vs Facebook



Aslkum dan salam sejahtera untuk semua usahawan dan bakal usahawan MyZyrcon di seluruh Malaysia.

Sudahkah anda menyertai kami di MyZyrcon.Com.My?Jika belum...saya harap anda segera berbuat demikian kerana proses pendaftaran secara percuma ini akan ditutup pada umum pada 01/09/2010 ini.

Okay...post hari ini saya akan kongsikan bagaimana untuk daftar akaun Facebook,yang mana ianya mungkin dapat membantu anda dalam memasarkan produk Zyrcon ini secara online .

Kenapa Facebook?
Anda tentu sedia maklum...laman sosial yang paling popular diMalaysia ketika ini ialah Facebook.Lagi popular bererti lagi ramai prospek yang bakal anda dapat dan peluang untuk anda menjana pendapatan diinternet dalam memasarkan apa jua produk semakin cerah.Saya anggarkan ramai antara ahli MyZyrcon.Com.My telah mendaftar sebagai salah seorang pengguna facebookAdakah anda sudah memiliki akaun atau profile diFacebook.com ?Jika jawapannya belum...maka anda layak untuk membaca keseluruhan artikel ini.

Bagaimana Untuk Mendaftar DiFacebook.Com?
Jom saya terangkan serba sedikit tentang bagaimana cara-cara untuk mendaftar dilaman sosial Facebook.Com.Mungkin anda beranggapan ini perkara senang dan mudah.Ya..ianya cukup mudah dan penerangan atau tutorial ini hanya untuk mereka-mereka yang masih baru dan ingin berjinak-jinak dengan dunia pemasaran dan perniagaan internet.

Disini saya andaikan yang anda semua telah memiliki email anda sendiri samada Gmail,Yahoo Mail dan sebagainya.Segera kelaman web www.facebook.com.Masukkan maklumat seperti nama.email,pasword untuk anda login,pilih jantina dan tentukan tarikh lahir anda.Klik "Sign Up".


Seterusnya masukkan 'Security Code" seperti yang tertera.(Lihat Gambar Langkah 1)Kemudian ..lagi sekali klik"Sign Up".Anda akan dibawa kesatu halaman yang mana anda boleh mencari kenalan atau rakan-rakan melalui email anda.Disini saya mengabaikan langkah ini.Klik "Skip This Step" dan anda akan dibawa kehalaman yang meminta anda untuk memasukkan sedikit maklumat akademik dan majikan anda.(Lihat Gambar Langkah 2)Anda ada pilihan samada untuk mengisi ruangan tersebut atau terus ke langkah setrusnya dengan...klik "Skip".Klik "Save and Continue" jika anda buat pilihan mengisi maklumat diruangan tersebut.

Kemudian anda akan dibawa kehalaman yang meminta anda untuk muat naik gambar profile anda (Lihat Gambar Langkah 3).Untuk muat naik gambar profile dari komputer anda..klik "Upload a Photo" dan klik "Browse".....satu laman pop up akan dibuka untuk anda mendapatkan gambar dari komputer anda.Klik gambar anda dan klik "Open" dan tunggu sehingga gambar profile anda siap dimuat naik.(Lihat Gambar Langkah 3a) kemudian klik "Save And Continue".......

Anda akan dibawa kehalaman profile anda...TAPI proses pendaftaran ini akan siap sepenuhnya setelah anda klik link confirmation yang dihantar oleh Facebook.Com ke email anda.Untuk itu segera Login ke email anda untuk proses pengaktifan ini.(Lihat Gambar Langkah 4 dan 4a)

Tahniah....anda kini telah mempunyai akaun peribadi diFacebook.Com


Anda boleh mula edit kembali ruangan yang anda "Skip" semasa proses pendaftaran tadi dan boleh mula menambah rakan-rakan serta mempromosikan Perniagaan Zyrcon anda.Lakukan dengan cara yang berhemah...!!

Okay cukup untuk hari ini...Insyallah dilain hari saya akan kongsikan bagaimana untuk setting ruangan "Privacy Setting" dan lain-lain di profile Facebook anda.

Jumpa anda dipuncak kejayaan...!!

Ps : Jangan lupa untuk add saya sebagai rakan anda diFacebook ....MyZyrcon DiFacebook
Pss: Kalau nak kan post terbaru dari blog ni terus ke email anda...Subscribe Me...he...hee..!!


Related Posts with Thumbnails